Wednesday, September 24, 2008

Bercakap melayu, atau tidak.

Hari ni tiba tiba rasa sesuatu. Mengenai Noah lah siapa lagi. Dia ketawa kerkekek kekek kalau kita kata " Who's a good boy, who's a good boy". Tak pernah pula saya buat cubaan bercakap melayu dengan dia.

Kerana perasaan sesuatu itu makin menebal, tadi, saya beranikan berumula bercakap melayu dengan Noah. Entah kenapa saya risau dia akan kerutkan kening dan berikan saya muka
"Mummy, are you well?" Tak masuk akal sebab dia masih kecil, tapi itulah yang terlintas dikepala saya.

Jadi tadi sebelum waktu mandi saya mula dengan "Siapa budak bagus...siapa budak bagus". Oh bunyinya sangat plastik. Cubaan beralih arah kepada bahasa Kelate, " Mano hee budok jughuuuh", oh wow macam menyarungkan sarung tangan ke tangan yang sama saiz dengan sarung tangan itu. Kalau tak analogy ni tak bolehlah diguna betul tak. Sangat bertepatan. Tak apalah busuk busuk, datuk dan neneknya di Pasir Puteh gembira.

Dah tak lama nak raya ni, lusa dah nak balik Malaysia, tak sabar. So kalau saya tak jenguk dilaman web ni lagi selepas ni, saya nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA kepada segelintir kecil mereka yang membaca blog ini. Semoga anda dapat menyambutnya dengan keberkatan tanpa nak menunjuk nunjuk, melaram tak tentu pasal atau membazir dimusim semua barang mahal. Maaf zahir dan batin.

Comments:
Haha Have been reading this blog since 2005. Am happy you're still updating BluE Scrubs. :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri jugak. Enjoy your Raya with your loved ones. :)
 
selamat hari raya. maaf zahir batin.
 
yeha..should get noah baju melayu "kiut"..ada ke?
 
"who's a good boy" in urdhu godio pulok? hihihi
 
selamat hari raya aidil fitri and maaf zahir batin to you and your family Mie.. catch up soon (hopefully bila dah habis this frca business) xx
 
hfhfhfhfhfhf
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Links
nursing uniforms
Raglan Top in Amber Glow
Raglan-$14.95
Buy Scrubs at Scrubsgallery.com
and save.