Saturday, July 16, 2005

Hari Ini Panas

Yang paling penting aku memang panas. Perempuan sebelah aku merengek macam nak tetek. Sampai bulatan slutty nurse aku pusing steering macam dibawah kawalan Bacardi tepu. Inertia padu mengkedukan bait bait ayat dari mulut perempuan itu yang penuh gloss lekit. Macam selumbar kaca celah celah jari menunjah setiap kali aku flex dan deflex jari jemari dari tadi. Menduga kesabaran kulit bawang.

Beyonce pula bagai setuju dengan aku dari corong speaker base berderai, mau sahaja kalau boleh aku papar ke skrin besar dari corpus collosumku gerak geri badan munggil ghairah Beyonce tergedik gedik kepanasan macam cacing. Aku sumpit pandangan dan himpit mampan sampai tembus kaca dihadapan, telinga aku mula bingit, berdesing, aku paling benci perempuan merengek pasal lelaki, sebegitu.

Kenapa kau pandu laju sangat ? Kau dengar ke apa aku ceritakan? (Alih bahasa)

Aku hangguk secara auto. Aku tau sangat cue cue supaya jangan cari gaduh.
Dia suka aja.

Kalau ada lelaki macam kau aku dah lama paksa kau kawin dengan aku. Sayang kau perempuan.

Aku hampir tekan brek kecemasan. Pujian agungkah? Muka aku senang aja buat macam, tak ada perasaan. Kun fayakun, dah nak jadi jadilah. Pehal dia masih fikir aku berminat dengar cerita cerita seperti toyol beranak ikut umbilicus itu? Atau cerita beruk baling batu seremban bulat bulat tahi kambing gurun?

Senyap seketika dan aku secara exponesial mahu sahaja bertempik meledak letupan bergegar Krakatoa kegembiraan, dalam benak pundi hempedu hijau cirit meconium berkata halus ‘diam akhirnya perempuan ni’. Barisan barisan hym singers kulit hitam, gigi putih tulus, berjubah alim timbul melaung hallelujah bertubi tubi seperti wajib dibomoh pulih.

Oh tidak ..mana mungkin semudah itu, dia uraikan lagi kenapa lelaki pelesit itu tinggalkan dia, justifikasi kenapa dia salah anggap dengan bahasa badan lelaki itulah yang kononnya bersalah menggodanya dan langsung menipu sang perempuan supaya jatuh hati. Oh begitukah? Salah lelaki itukah sampai kau perempuan, mahu biarkan dia cop jari jemarinya atas kulit yang sudah terkedek kedek hampiri usia bunga Rafflesia?

Aku sebenarnya sudah bosan. Malam itu aku tiba di tempat seronok seronok kau terus merengek minta koktel yang paling mahal dalam menu. Bila aku enggan keluar cucuk bintang kau kira aku besar kepala kerana tuduhan kau, aku pakar kepala besar apa mau mungkin aku campur golongan terhutang badan dengan kepelbagaian lelaki seperti kamu orang. Kau sendiri panggil kumpulanmu loose women, tapi bila noun yang sama maksud dilemparkan kearahmu gara gara aksi ghairahmu, kau tunjuk jari tengah dengan muka mau cari gaduh. Mau aku sepak saja perempuan macam kamu. Biar sedar biar mati.

Walaupun rumahmu terkeluar arah dari jalan kebandar aku tetap punggah kamu, kenapa? Sebab aku tak suka dengar kau merengek bandingkan gaji aku dengan gaji kamu. Rengekan kau perempuan, buat aku mahu terjun bangunan KLCC. Adil kah dunia?
Sampai bila aku mesti batalkan niatku buat sukahatimakbapak aku nak pergi ASDA lepas merompak gedung coli, hanya sebab kau nak balik cepat.

Minum frappucino Starbucks tak pernah bayar, teksi Friday night tak pernah bayar. Lelaki mesti segak, mesti kaya. Mesti buka pintu, mesti berembun berhujan, cium tapak kaki.

Dan kau tanya aku kenapa lelaki itu tinggalkan kau? Diam! Diam! Diam!, aku nak dengar lagu baru Craig David.

Malam ni kerja jaga mayat bernyawa remote control. Konflik dalaman menebal, kerana aku berperasaan mahu bunuh orang. Boleh aku upah sahaja?

Text dialihbahasa sebaik mungkin untuk tidak menimbulkan jenayah bajubilikbedahbiru.

Comments:
Hahahaha..

Hari ini aku gembira.. kerana aku lihat semuanya gembira di situ..

Kau masih boleh memaki hamun seperti dulu. Masih ada kegarangan dalam diri. Semangat kau menakjubkan.

Sekali-sekala aku risau. Tapi aku tahu kini. Kau akan berjaya dalam hidupmu walau dilempar ke lautan berduri. Kau akan bangkit sendiri.

Aku sedar sekarang. Masa kita sama. Kita jatuh cinta pertama kali pada masa yang sama. Kita memiliki rumah pada tahun dan bulan yang sama. Kau banyak memikirkan pasal perkara yang sama pada masa aku memikirkannya.

Cuma sudut kita berbeza. Bagaikan sepasang electron, sama cas dan jisimnya tapi ditakdirkan menolak sesama sendiri.

Aku cuma melihat dari belakang tirai jendela siber ini akan keadaan dirimu dan aku tersenyum. Pernah aku berkata aku tidak tahan melihat titisan air matamu.

Tapi hari ini aku gembira kau gembira.


-Aku di sini hari ini 2006 Disember 8 gembira dan bangga dengan kau-
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Links
nursing uniforms
Raglan Top in Amber Glow
Raglan-$14.95
Buy Scrubs at Scrubsgallery.com
and save.