Thursday, December 02, 2004

Tahi kerbau

Apakah yang sudah merasuk si mamat yang bernama Shaun Hollingworth untuk berkata kata seperti lelaki yang suka memukul batang sendiri????? Adakah dia berfikiran dia kamus berjalan perubatan? Pandai bangat? Itu saya takuti masih boleh didebatkan.

Kenapa? Sebab baru hari lepas dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu menyebut 'subarachnoid haemorrhage'. (Jangan anda cuba, saya tidak mahu bertanggungjawab jika lidah anda tersimpul). Tapi seorang doktor patutnya berupaya menyebutnya tanpa banyak berhempas pulas. Bukanlah sebegitu pandai bukan??

Tidak pernah seorang doktor lain yang saya anggap rakan sekerja memberikan taik kerbau sebegitu kepada saya selama ini. Jika saya ingin berikan dia keuntungan dari keraguan, saya boleh berdebat dengan mengatakan, dia datang dari Africa selatan.

Mungkin bagi mereka sesiapa sahaja yang berkulit dengan biarpun hanya sedikit kekuningan adalah lepas saringan untuk dipercakap kebawah begitu. (Dia ini berkulit putih seperti yang anda mungkin telah syaki)

Ini adalah lagi satu cubaan untuk mengasap keluarkan kemarahan pada simamat diatas. Saya yakin dia tidak membaca blog ini akan tetapi isterinya, ialah salah seorang misi misi unit rawatan rapi dan juga berkawan baik dengan Sarah. Dia mungkin membaca.(Dan saya masih lagi tidak berjaya masuk ke bilik kepala misi dimana sejarah layaran web masih di komputer peribadinya , memberikan mereka, kemasukan yang senang ke blog ini). Saya mesti berhati hati.

Apa dia telah lakukan? Bukan apa yang dia lakukan, lebih kepada apa yang dia tidak mahu lakukan. Atas semua itu, cara dia mengatakan apa yang tidak dia mahu lakukan... Begitu biadap. Jika ada senapang gajah pada tepat saat itu, sudah pasti saya unting dibahagian permata keluarganya dan letupkan supaya mandul.

Saya pada hari ini adalah bukan doktor Unit rawatan rapi, saya telah ditugaskan untuk membiuskan pesakit pesakit untuk pembedahan. Saya bernasib baik McNeil, boss yang paling saya suka, bekerja dengan saya. Kami tiduri perempuan yang lehernya begitu besar kerana kelenjar thyroidnya telah membesar luar kawalan sehingga pernafasan pendek.

Apabila sudah habis pembedahan perempuan itu, kami pindah ke unit rawatan rapi kerana dia perlukan perhatian satu kepada satu dengan misi. Selepas menyerah tangan kepada Shaun Hollingworth, boss menghilangkan diri.

Saya seperti manusia normal, badutkan diri dengan senyum kepada Shaun. Dia seperti lubang buntut berkata:

"It's your patient , you stick the arterial line in"

Walau perkataan ajaib pun dia tidak sebutkan!!!!

Dia berjalan pergi tinggalkan saya mulut luas terbuka.Saya pandang misi 3 orang yang juga mata dan mulut luas terbuka.

"How rude!!!", mereka seperti pasukan nasyid berteriak semua pada sekali.

Kebuk wasap kimia Miss Limerick sekali lagi timbul dikepala saya sebaik sahaja kemarahan membangun dengan secara graf parabola. Mereka berfikir juga, adakah saya sedikit lagi mahu meletup kerana mereka lihat muka saya merah seperti udang galah. Lebih lebih lagi cuping telinga saya.

Perjanjian adalah sebegini. Jika (sebagai contoh) saya bekerja di unit rawatan rapi, sesiapa sahaja diterima semasa saya bertugas, pesakit itu adalah tanggungjawab saya. Jadi sayalah akan tikam lehernya, tikam tangannya, cucuk mana mana lubang lubang yang patut supaya pesakit itu mendapat perhatian.

Jadi kalau saya mengangkat perlakuan begitu kenapa dia tidak boleh buat yang sama? Aci bukan? Satu penjelasan sahaja yang saya boleh saya katakan, mamat ini adalah pemalas dan apa taik yang dia bagi saya mesti bagi taik kembali. Bagaimanalah dia tidur diwaktu malam???

Dia kembali disisi katil pesakit apabila saya mula mahu cucuk tangan pesakit tadi. Seseorang mesti lakukan tugas ini, jadi saya buatlah walaupun bukan kerja saya. Saya rasa dia mula berasa bersalah.

"It's ok I'll do it, you go,"

Memang saya betul. Dia berasa bersalah. Tapi mungkin perkataan maaf itu hanya untuk perempuan.

Apakah guna menyuruh saya buatkan kerja ini, untuk kamu hanya mahu kembali selepas itu,untuk berkata, tidak mengapa saya akan lakukannya. Bahagian mana yang kamu tidak faham?

Dia mula memulakan perbualan berunsur perubatan dengan menanyakan akibat akibat yang mungkin berlaku jika tengkuk perempuan itu tetiba membengkak sepanjang malam secara sindiran. Misi mula berlegar legar dikawasan katil untuk meyaksikan drama walaupun kelihatan seperti tidak berminat.

Dia ada perut mahu tanyakan saya soalan berunsur mahu panggang saya hidup hidup begitu. Saya rasa geram kerana dimukanya itu adalah pembayang untuk menyakitkan hati saya lagi. Dia memang letakkan hidungnya tinggi. Saya tidak menjawab. Besar pula mulut dia ini.

Dia bertanya lagi soalan. Saya senyap lagi. Tangan saya mula menggelatar, saya memang tahu apa usaha untuk tikam vena atau arteri pada waktu itu dibuktikan hanya sia sia.

"Look I didn't think you are stupid, alright", bunyinya bagus, tapi mukanya bukan seperti bersalah, malah meneruskan perbualan satu hala dengan membilang apa sebab dia tidak suka kepada saya.

Tangan saya memegang jarum pada masa itu dan saya hanya kata,

"Look just leave ok, I am not talking to you",

Dia beraksi kanak kanak dan berkata

"How long? Till Christmas? New year?"

Saya rasa seperti ada belon mengembang didalam dada saya dan sikit lagi mahu meletup. Jika saya berada diluar dalam cuaca ini dibulan December ini pasti dia akan saksikan asap yang berkepol kepol keluar dari dua lubang hidung saya.

Taik betul. Saya tidak mahu dia lihat saya menangis. Saya tidak mahu dia berjaya buat saya menangis. Saya hanya mampu suruh dia berambus dengan suara seperti ada gula gula Hacks terlekat dibelakang lidah. Dia buat seperti disuruh.

Kepala Misi hampiri saya ketika mata saya bertelaga. Muka kepala misi juga pecah pecah dan membiak menjadi banyak. Saya tidak dapat pegang diri dan sedikit lagi mahu jatuhkan satu titik. Dia berkata;

"Mungkin dia tidak mendapatnya semalam", dan kambingkan dirinya dengan menyeringai menunjukkan gigi. Misi lain juga setuju dia mungkin telah bangun dari katil dari tepi yang lain pagi ini.

Saya rasa lega sedikit. Boss kembali setelah tukar bluescrubnya. Dia mungkin nampak muka panjang saya dan menyiasat.

"Why are you doing this?", dia bertanya keliaran ketika saya masih lagi berhempas pulas memasukkan jarum untuk arterial.

Saya jumpa diri saya seperti budak perempuan darjah lima mengadu kepada guru besar. Pada masa itu, tentulah saya fikir itu yang terbaik. Tapi sekarang setelah ribut taufan reda, saya rasa seperti bersalah kerana menyebabkan mamat itu dipanggil ke bilik boss.

Saya diarahkan balik dan buat teh( mereka suka suruh buat teh jika ada keadaan tegang seperti ini), Shaun pula mungkin mendapat bahagian yang aci untuk perlakuannya yang kasar. Tak tahulah saya jika mendapat pukulan dengan tali pinggang. Dia mungkin balas balik kepada saya esok kerana saya mengadu.

Bagaimanakah saya akan tempuh esok dan hari hari lain?

Puteri Gunung Ledang has now been made into a movie which costs millions. Best cinematography ever made by the Malaysian film industry. It is worth watching and don't worry it is subtittled.



Comments: Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Links
nursing uniforms
Raglan Top in Amber Glow
Raglan-$14.95
Buy Scrubs at Scrubsgallery.com
and save.