Tuesday, November 30, 2004

Saya Telah DiSeksa

Saya rasa inilah cara terbaik yang saya boleh timbul- dengan, untuk mengasap keluarkan kebengangan saya terhadap rakan sekerja saya yang ternyata semalam telah beraksi dengan tidak sangat bertanggungjawab.

Mengapa saya tulis dalam bahasa ibunda saya? Kerana kelewatan ini, blog saya ini, saya dapati telah diterokai oleh mereka ditempat kerja. Misi misi juga telah menggelakkan saya kerana memblogkan diri saya. Oleh kerana itu saya akan melekat kepada bahasa melayu.

Saya telah seperti biasa seperti ramai doktor doktor lain masuk kerja pada pukul 8:30 pagi. Tiada apa yang ganjil dengan memasuki kerja pada pukul tersebut. Selepas meronda ronda katil pesakit di Unit rawatan Rapi, saya meletakkan kaki keatas dengan secawan kopi.

Boss telah membleep saya dan menyuruh saya pergi ke unit perempuan beranak kerana ada perempuan yang bayi dalam kandungan ialah tersekat dan enggan keluar. Jadi dia terpaksa mendapat anak keluar dengan C-section.


Tapi itu bukan tugas saya!!!! Hanya kerana Unit rawatan rapi tidak sibuk mestikah saya kena tutup tugas untuk mereka yang tak datang kerja kerana sakit sedikit? Saya akur dan buat sahaja. Rupa rupanya bukan itu sahaja. Ada lagi satu kes yang menunggu untuk dibuat. Jadi itu juga saya buat dengan tidak berkata apa apa.


Saya sepatutnya habis pada pukul 8:30 malam, jadi itu ialah 12 jam shift.

(Ya kita memang berkerja jam lama lama, bersyukur lah kamu semua yang bekerja dimeja dan makan mengikut waktu..mungkin ini sebab saya selalu rasa nak makan kepala orang).

Pada pukul 9 malam, sepatutnya homosapien bernama Dave patutnya telah muncul untuk ambil alih tugas supaya saya boleh pulang. Tapi tidak juga muncul muncul. Saya berasa telinga saya berasap. Atas semua itu, saya kebuluran dan mahu buang air nombor 2. Saya risau kalau saya pergi tandas lama lama dan Dave muncul dia akan tercari cari.

Saya bertindak liar dan memeras ugut nombor hp Dave dari Kevin yang mahu pulang juga pada waktu itu seperti saya. Saya beranikan diri tekan tekan nombornya. Terkejut terkejut mendapat petisuara hp dia. Saya meninggalkan pesanan yang agak berkesan tetapi tidak keterlaluan.


Saya gantung balik dan tekan tekan nombor boss pula untuk amaran kepadanya perihal Dave membuat hal. Dia juga berfikiran seperti saya. Penuh misteri. Saya harap tidaklah terlalu kurang ajar pesanan saya itu. Ia berbunyi begini.


'Hi Dave it's Naj, it's 9 o'clock now and I am hoping to get off duty soon. I hope you are alright and you are on your way in. You do know that you are taking over from me tonight yes?. Do return my call. Speak to you soon'. Seperti yang saya katakan. Tidaklah melepasi kepala bukan?


Beberapa puluh minit kemudian, saya dibleep dan gadis penjaga litar menghubungi saya kepada panggilan luar. Deringan panggilan luar lain bunyinya. Bukan Teeeeeeeeeeeeet Teeeeeeeeeeet seperti biasa. Lebih kepada tet tet *sunyi*tet tet*sunyi*.


Ia adalah Dave. Dia begitu sungguh sungguh meminta maaf kerana menyebabkan saya terjebak dalam masalah. Dia masih sakit katanya. Entah mengapa saya hanya mampu berkata 'It's ok' berulang ulang kali seperti burung kakaktua.

Mungkin kerana dia bercakap seperti boss. Sesiapa saja bercakap seperti boss, selalunya membuatkan saya sedikit kelu seperti ada daging tersekat didalam kerongkong.Entah mengapa lah.

Saya tekan balik nombor boss dan melaporkan perihal mengapa dan kenapa. Dia dengan selamba ( ini ialah boss yang sama yang menyuruh saya kerja di unit perempuan beranak awal hari tadi) menyuruh saya sambung sahaja 12 jam lagi.


Ini bermakna saya tutup untuk Dave dan saya akan bekerja selama 24 jam!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Ini adalah penderaan. Saya tidak dapat berkata apa apa. Mungkin jika saya kerut kerutkan muka supaya nampak lebih tua atau garaukan suara supaya lebih kedepan boss akan mendengar 'but...but..' saya yang samar samar.

Saya berfikiran positif dan membuat tugasan tersebut. Saya berjaya meletakkan kepala keatas bantal pada pukul 2 pagi apabila hospital sunyi dan sepi. Tiba -tiba saya terbeliak mata kerana dibleep dengan kuat sekali. Ada lagi perempuanyang nak beranak dan anaknya tidak mahu keluarrrrrr arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!.

Saya rasa seperti diletak dalam peti kebuk wasap dalam kelas Kimia Miss Limerick. (Cikgu ini adalah yang paling banyak memberi A kepada saya. Saya sungguh sayangkannya)

Setiba saya di sana perut saya merasa begitu aneh. Seperti ada toyol membuat lompat bintang dengan begitu sungguh sungguh. Saya rasa bilik berputar dan lantai tidak sama tinggi.


Saya terasa keinginan yang melampau untuk membuang isi perut dan saya berlari ke sink paling laju saya boleh, dan membuat bunyi bunyian yang aneh, yang membuat muka seseorang berubah menjadi seperti monyet kerana begitu geli kepada bunyi tersebut.



Sarah seorang daripada misi misi dengan selambanya berkata 'Is there something you wanna tell us Naj???'. Misi lain menyeringai mungkin fikir itu adalah lawak bodoh. Tidak sama sekali.


Bayang sahaja, saya ini tengah muntah muntah seperti semua usus mahu keluar dalam sink , mereka pula mengkambingkan muka mereka. Saya sangat tidak terpikat pada pukul 3 pagi ini, jadi saya tidak ketawa. Mereka juga berhenti menjadi kambing. Bagus.

Setelah selesai tugas, Sarah hampiri saya dengan kopi. Saya rasa bersalah kerana memanjangkan muka tadi, dan menerimanya. Kami cium dan bermaafan (bukan secara terus, hanya perumpamaan sahaja).


Saya rasa adalah penting jika kita setuju untuk buat sesuatu, kita buat dengan ikhlas. Bukan macam saya, kerana saya tidak ikhlas, secara terus dan cepat saya dibalas dengan muntah muntah. Ini mungkin kerana quiche yang saya telan secara gelojoh sebelum tidur mengandungi begitu banyak keju. Keju berlebihan tidak pernah setuju dengan perut saya.


Saya amat penat. Saya masih lagi tidak tidur. Mungkin terlebih mengkaffeinkan diri.
So that's really the story of how Malacca got it's name, for more info please google Melaka, Malaysia.


Comments:
sahabat ku Najmiah Khaiessa Ahmad, Bahasa Melayu awak dah jadi sejibik macam mat salleh cakap melayu.seolah2 directly translated from English to BM...using an Oxford's Advanced Learner's Dictionary..ehehe..but I appreciate ur effort to write in BM..
 
Hahaha, this is bloody funny. If that is how Malacca got its name, I wonder how did Kedah got its name?
 
Post a Comment



<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?


MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Links
nursing uniforms
Raglan Top in Amber Glow
Raglan-$14.95
Buy Scrubs at Scrubsgallery.com
and save.